Petang yg sejuk

mercredi 2 novembre 2011 |

Assalamualaikum

Ni hao
Bonjour

November datang dengan cuaca yang amat sejuk!
Syukur bilikku xsesejuk seperti suhu di luar.
Brrr.

Sedangku membaca tafsir al-quran di mana kebetulan topiknya pd petang ini diluar jangkaan saya dan tepat mengenai batang hidung ku yg sedang dilamun *ehem2* (segan nak cakap!)

Surah Al-Baqarah, 2 : 228

Cinta dan Hak
(Harun Yahya, Semangat dan Ghairah Orang-orang Beriman, 2004)

Dalam hubungan-hubungan yg sifatnya duniawi org2 sentiasa memperhitungkan adanya kemungkinan berakhirnya persahabatan mereka. Dengan demikian, mereka pun menghindari utk menunjukkan sifat ketulusan yg nantinya dapat membuat mereka merasa malu bila keramah-tamahan ini telah berakhir.

Di lain pihak, bg orang2 beriman, mereka memiliki ketulusan dan tidak pernah bersikap pura2. Seseorang yg berniat untuk bersama-sama dgn org lain utk selama-lamanya adalah seorang yg telah memiliki komitmen utk menunjukkan kesetiaan, cinta dan persahabatan yg tiada putus-putusnya.

Karakteristik istimewa mengenai cinta dan persahabatan dari orang2 beriman ini, iaitu kesediaan utk bersama selama-lamanya, membuat mereka dapat memperoleh kebahagiaan yg besar dari kasih sayang yg mereka alami serta kegembiraan kerana punya harapan utk berada bersama-sama dgn orang-orang yg dicintai di syurga nanti. Ini juga merupakan kesenangan kerana adanya kepastian sehingga mereka akan bersikap setia kepada org2 yg dicintai selama-lamanya.

-tamat-

Pada pendapat saya laa, dalam sesuatu pertalian itu perlulah dan seharusnya kerana Allah semata-mata barulah perhubungan itu akan mendapat restu atau keredhaan dariNya. Jikalau dan hanya perhubungan itu retak atau tidak berhasil mungkin juga kerana ujian dan ketentuan-Nya untuk menguji diri kita sejauh mana kita sanggup untuk berkorban dalam menangani isu ini dengan cara bertawakkal kepada Allah atau bergantung di atas tali kenangan/memori (cth : sayang nak tinggal bini sebab dah lama kahwin).

So mochenkt, cerminkan diri, betulkan niat dan tegapkan iman anda! Insya-Allah, persahabatan itu akan bersama selama-lamanya.

0 commentaires: